Panduan membaca karya Imam al-Ghazali

Imam al-Ghazali (450–505 H / 1058–1111 M) meruapakan antara tokoh ulama terbesar dalam sejarah pemikiran Islam. Karya-karya beliau merangkumi bidang akidah, fiqh, logik, falsafah, dan tasawwuf.
Bagi pembaca awam mahupun penuntut ilmu, membaca karya beliau secara tersusun amat penting agar kefahaman terbina dengan kukuh tanpa kekeliruan.
1. Peringkat permulaan: Bidayatul Hidayah
Bagi sesiapa yang baru mahu mengenali penulisan Imam al-Ghazali, Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) adalah kitab terbaik untuk bermula.
Kitab ringkas ini mengandungi panduan adab harian, pelaksanaan ibadah secara khusyuk, dan tatacara menjauhi maksiat zahir dan batin.