Direct website orders: free shipping in Malaysia from RM60Secure FPX, card & e-wallet checkout778 Islamic titles
Malay Books

Buku Terjemahan Kitab Sifat Dua Puluh Beserta Rukun Islam dan Rukun Iman (Jabal Maraqy)Buku Terjemahan Kitab Sifat Dua Puluh Beserta Rukun Islam dan Rukun Iman (Jabal Maraqy)

Ada stok
RM8.00

Penghantaran dalam 2–4 hari bekerja ke Semenanjung Malaysia

Book Concierge & Direct Assistance
Have questions about this edition or need madrasah bulk pricing?
Chat on WhatsApp→
Delivery estimateParcel weight: 0.10 kg
Delivery (incl. SST)RM5.30
Ninja Van — West Malaysia (1–3 days) · Free delivery on orders over RM60.
Penghantaran percuma: pesanan RM60 ke atas
Pembayaran FPX & kad yang selamat
Tanya di WhatsApp sebelum membeli
Diterbitkan di Kuala Lumpur

Kitab kecil ini dikarang oleh Syeikh Uthman bin Abdullah bin Yahya Al-Batawi, Mufti Batawi, Indonesia, di Zaman Belanda.

Ketika di dalam negeri, beliau berguru dengan beberapa orang ulama termasuk bapanya, kemudian melanjutkan pengajiannya ke Mekah dan berguru dengan Sayed Ahmad Zaini Dahlan Mufti Mekah, selama tujuh tahun. Dan pada tahun 1848M beliau pergi ke Hadramaut dan berguru dengan beberapa orang guru di sana, antaranya; Syeikh Abdullah bin Husein bin Tahir, Habib Abdullah bin Umar bin Yahya, Habib Alwi bin Saggaf Al-Jufri dan Habib Hasan bin Saleh Al-Bahr. Kemudian berangkat ke Mesir sempat belajar lapan bulan, kemudian ke Tunis, Al-Jazair, Istanbul, Persia, Syria dan lain-lain negara. Beliau telah mengarang kira-kira seratus judul kitab kecil dan besar, termasuk Kitab Sifat Dua Puluh ini. Kandungan kitab ini meliputi rukun iman, rukun Islam, hukum akal, hukum syare’i dan hukum adat, dan sifat dua puluh dan sifat para nabi dan rasul a.s.w.s. Dan lagi kitab ini menyentuh tentang pengertian dan kandungan kalimahلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ dan مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ, dan sifat istighna’ Allah Taala dan sifat iftiqar makhluk kepadaNya. Dan seterusnya ia menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan kitab-kitab dan suhuf-suhuf yang diturunkan, para malaikat, rasul-rasul dan nabi-nabi a.s.w.s, para isteri dan anak cucu nabi s.a.w. Dan dengan sebab itu, kitab ini sesuai dipelajari oleh pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah dan orang-orang awam yang baru belajar. Bilangan Mukasurat : 44 Ukuran : 21cm X 15cm Cetakan : Ogos 2022