Pesanan Untuk Orang Sakit dan Warga Tua

RM32.00

Ask for More Info

Kilatan ke 25 dan 26 daripada koleksi Kilatan Risalah An Nur

Oleh: Bediuzzaman Said Nursi

Terjemahkan oleh: Zaiman Ismail

SKU: 978-967-0729-44-2
Compare Compare

Description

Kilatan ke 25 dan 26 daripada koleksi Kilatan Risalah An Nur

Banyak penyakit dan ketidakupayaan, terutama yang berkaitan dengan usia tua, kelihatannya menakutkan — uban, kulit berkerepot, lupa di mana anda meletakkan kereta, dan macam-macam lagi. Penuaan boleh menimbulkan masalah kesihatan yang unik. Buku ini mengandungi ‘Penawar’ yang berasal dari Al-Quran yang menunjukkan bahawa penyakit dan ketidakupayaan mengandungi banyak manfaat dan hikmah.Ia seumpama menawarkan ubat dan penenang kepada mereka yang menanggung kesakitan fizikal dan mereka yang sesat dan tidak beriman.

Risalah ini diambil dari Koleksi RisalahAn Nur, sebuah himpunan tafsir Al-Quran yang dikarang melebihi enam ribu halaman dalam empat jilid di bawah judul Kalimah, Warkah, Koleksi Risalah, dan Koleksi Sinaran; buku ini dikarang kata demi kata daripada Petikan ke25 dan ke26.

++++++

Bediuzzaman Said Nursi (1877-1960), adalah seorang ulama tersohor dan tokoh agama zaman moden yang paling terkemuka. Nursi membangkitkan gerakan keagamaan yang telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan Islam di Turki dan kini pengikutnya telah mencecah beberapa juta orang di seluruh dunia. Ramai cendekiawan terkemuka dalam kajian Islam kontemporari dan perbandingan agama mengkaji pelbagai aspek kerohanian Nursi seperti yang dipamerkan dalam karya agungnya, RisalahAn Nur, yang mula digarap pada tahun 1920-an dan dianggap kajian mendalam Nursi terhadap Al-Quran. Biografi yang ditulis oleh Sukran Vahide, juga diterbitkan oleh Islamic Book Trust, menggambarkan kehidupan, karya, dan perjuangannya, dan menempatkan idea dan kegiatan Bediuzzaman dalam konteks sejarah.

Additional information

Weight 0.7 kg
Dimensions 1 × 14.5 × 21.5 cm

Reviews

There are no reviews yet.


Be the first to review “Pesanan Untuk Orang Sakit dan Warga Tua”