Kedah Tua: Tamadun Terawal Asia Tenggara

RM49.00

Ask for More Info

Arkeo-Sejarah

Samudera, Manusia, Besi Mencipta Peradaban

Oleh: Muhammad B Abd Razak

ISBN: 978-967-0729-40-4

SKU: 978-967-0729-40-4
Compare Compare

Description

Kedah Tua merentasi zaman yang amat panjang melangkaui jauh dari yang pernah dicatatkan sejarah, hatta Hikayat Merong Mahawangsa teramatlah muda jika dibandingkan dengan
pentarikhan yang di temui melalui kajian dan galiselidik arkeologi. Ini terbukti dari kisah hikayat itu sendiri yang mengatakan tentang delegasi dari Rom, sedangkan bukti saintifik kewujudan Kedah Tua lebih awal dari legenda terkenal Rom, iaitu Romulus dan Remus.

Pada tahun 788 SM, Rom dan Parsi masih lagi perkampungan kuno, namun di Kedah Tua telah wujud satu peradaban yang berteraskan industri dan perdagangan maritim yang penting.
Mengapakah ia penting ? Kerana Kedah Tua merupakan pengeluar jongkong besi terbesar. Ini terbukti dengan longgokan jutaan tuyere untuk proses peleburan besi yang berlangsung lebih dari 2000 tahun.

Penulis buku ini cuba mencantumkan catatan-catatan sejarah, temuan arkeologi dan tulisan ilmiah dalam ‘penerokaan ke alam’ Kedah Tua yang gemilang dengan industri besi, pedang, alam maritim, dagangan timur barat, dari Guangzhou, China hingga ke Thebes, Mesir.

Additional information

Dimensions 14.5 × 1.4 × 21.5 cm

Reviews

There are no reviews yet.


Be the first to review “Kedah Tua: Tamadun Terawal Asia Tenggara”