- Description
- Additional information
- Reviews (0)
Description
This book is written in Malay. It is an interesting exposition of Hang Tuah based on a study done in Okinawa, Japan with the assistance of the Japanese Ministry of Education.
Pembongkaran tentang kewujudan Laksamana Hang Tuah semasa kegemilangan Empayar Melaka dihuraikan secara terperinci di dalam buku Hang Tuah: Catatan Okinawa ini. Pembuktian ini adalah hasil daripada kajian pengarang yang dijalankan di Okinawa dengan bantuan Kementerian Pendidikan Jepun. Catatan Empayar Ryukyu (Okinawa) dan penemuan arkeologi membuktikan bahawa Hang Tuah wujud. Hubungan diplomatik antara Empayar Melaka dengan Empayar Ryukyu jelas tercatat di dalam Rekidai Hoan – sebuah dokumen sejarah yang diperakui kesahihan oleh para sarjana. Dicatatkan juga bahawa Laksamana Hang Tuah adalah diplomat Empayar Melaka ke India, Turki dan Patani. Pengaruh dan kekuatannya diperakui pelbagai pihak seantero dunia. Penerbitan ini tidak semata-mata bersandarkan buku Hikayat Hang Tuah dan sejarah tempatan, sebaliknya berdasarkan catatan sahih Empayar Ryukyu yang kini dikenali sebagai Okinawa.
Karya HANG TUAH ini bakal menjawab segala persoalan yang bermain di minda, apakah benar HANG TUAH wujud. Apakah ianya sebuah mitos semata-mata? Kisah dongeng yang menjadi kisah sebelum tidur buat anak-anak? Beliau bukan sekadar mitos kini, tetapi ternyata wujud sejak dari dahulu lagi! Dengan kajian demi kajian serta penemuan artifak di luar kawasan Nusantara, kewujudan Lagenda Nusantara ini tak perlu disangkal lagi. Namun, moga-moga dengan tercetusnya idea untuk menghasilkan karya ini mampu “brain wash” anak-anak muda kini yang sedang lenyap jatidiri mereka sehingga berubah idola mereka kepada dunia serta artis barat. Sedangkan, jika diperjelas satu persatu kehebatan, kegemilangan, keagungan Melayu itu sendiri, kita tidak dapat tergambarkan bahawa hebatnya orang terdahulu dalam menyebar empayar sekaligus mengembangkan syiar Islam ke seluruh dunia. Karya setebal 204 mukasurat ini bakal menjawab segala pertanyaan “mulut-mulut kecil” yang sering mempertikaikan kewujudan, kehebatan Laksamana ternama suatu masa dahulu ini. Jelajahilah sendiri karya ini agar dapat membuka mata serta minda diri sendiri dan menyebarkan kepada seluruh masyarakat agar kembali semula jatidiri dan prinsip sebenar yang hilang.
Additional information
Weight | 0.7 kg |
---|---|
Dimensions | 16.5 × 1.5 × 24 cm |
Reviews
There are no reviews yet.