Pembentukan Muslimah Sepanjang Zaman

RM30.00

Ask for More Info

Publisher : A.S Noordeen
Author : Mustafa Ramadhan
Year : 2025

SKU: 978-983-065-383-9

Description

Buku ini bersifat klasik, namun kontemporari.

Bahan-bahan yang dimuatkan relevan pada masa lepas dan kini, iaitu setelah 40 tahun versi pertama diterbitkan. Buku yang pernah diulangcetak beberapa kali pada masa lepas disunting semula oleh penyusun demi memperbaiki mutu penjelasan.

Soalan-soalan sepanjang zaman bagi Muslim dan Muslimah dicerminkan melalui penulisan pelbagai pengarang. Malah, judul ini difikirkan dapat membantu bukan Muslim menambahkan pengetahuan mengenai wanita menurut perspektif Islam.

Persoalan purdah (al-Maududi) dan hijab (M.Imran), bentuk penglibatan wanita Islam dalam alam kerjaya (Suad), poligami lawan monogami (Aisha Lemu dan Khurshid Ahmad) terongkai dengan penjelasan dan hujah Deeniah dan ‘aqli (intelek) yang diberikan.

Peranan dan tanggung jawab isteri dan suami dalam keluarga Muslim dibincangkan oleh Aisha Lemu, Fatima Heeren-Sarka dan Maryam Jameelah.

Bagi Muslimin dan Muslimat yang aktif dalam perlbagai organisasi bukan kerajaan penjelasan al-Maududi, Maryam dan Suad diharap dapat membantu meningkatkan kurikulum perubahan yang mereka sedang usahakan.

Jadikan buku ini sebagai hadiah kepada Muslim dan Muslimah.

Additional information

Weight 0.4 kg
Dimensions 22 × 14 × 1 cm

Reviews

There are no reviews yet.


Be the first to review “Pembentukan Muslimah Sepanjang Zaman”