Nurul Iman

RM48.00

Susunan Terjemahan Ayat-ayat Al-Qur’an, Hadis-hadis Rasulullah SAW, serta Doa-doa Pilihan dalm Bentuk Kalendar Islam

Disusun oleh : Nur Sulaiman

ISBN: 978-967-0729-18-3

SKU: 978-967-0729-18-3 Category:
  • Description
  • Reviews (0)

Description

Kalender yang dihiasi gambar rumah-rumah Allah dari serata dunia serta juga gambar/imej bermotif Islamik ini boleh diguna sepanjang masa dan dipamerkan di atas meja di rumah mahupun pejabat. Ia menjadi sumber inspirasi kerana mempamerkan ayat-ayat al Qur’an, Hadis, Doa serta pengertian bacaan dalam solat setiap hari, demi memupuk penghayatan Islam. Ayat-ayat al Qur’an dan Hadis Rasulullah (saw) menjadi dorongan dan contoh-contoh mulia untuk diikuti, mengingatkan insan untuk sentiasa memperbaiki akhlak, menghormati ibu bapa, meningkatkan mutu kerja dan berkelakuan adil. Ayat-ayat al-Qur’an dan Hadis dipilih merangkumi seberapa banyak aspek hidup yang boleh, untuk membantu kita mengharungi segala cabaran dan dugaan hidup, menjadikan kita lebih cemerlang dan positif. Jadikanlah Nurul Iman ini sebagai teman sepanjang masa.

KELEBIHAN NURUL IMAN.

Ia adalah Evergreen Calendar di mana boleh digunakan sepanjang masa dan keadaan atau situasi.

Idea Fully Colour iaitu penggunaan 5 pisahan warna dengan cetakan yang berkualiti mampu menarik perhatian kita membaca dan menghayati isinya.

Ia merupakan koleksi terjemahan al-Qur’an, Hadis dan Doa terpilih yang menyentuh semua aspek kehidupan.

Ia juga sangat bersesuaian dijadikan cendera mata atau hadiah dalam sebarang majlis keramaian atau hadiah untuk individu tanpa batasan umur, hubungan dan peringkat.

Reviews

There are no reviews yet.


Be the first to review “Nurul Iman”