40 Hadith Nawawi
RM16.00
Translator : Abdul Ghani Jabal Maraqy
Year : 2023
- Description
- Additional information
- Reviews (0)
Description
Buku ini dinamakan “EMPAT PULUH HADITH NAWAWI” , ia berasal daripada buku “Al-Arba’un Al-Nawawiyyah” yang disusun oleh Imam Nawawi rahimahullah, kemudian diterjemah dan diberi penjelasan oleh para ulama yang terkenal. Buku ini mengandungi dasar-dasar mengenai Iman, Islam dan Ihsan.
Dalam buku ini Imam Nawawi membawa beberapa hadith antaranya yang berkaitan dengan hal-hal :
– Islam, Iman, Ihsan, Qadha’ dan Qadar dan hal-hal berkaitan dengan hari kiamat, syurga dan neraka
– Niat, keikhlasan dan syirik dalam mengerjakan ibadat dan lain-lain
– Harta, sedekah dan prihatin terhadap orang miskin
– Keadilan dan kezaliman terhadap diri sendiri dan orang lain
– Dosa, pahala, istighfar, taubat, keampunan dan kemurahan dan kepenyayang Allah kepada hamba-hamba dan wali-wali-Nya
– Agama itu nasihat. Dan ikutlah ajaran Islam dengan jalan bertaqwa, buat yang wajib dan tinggalkan yang dilarang dan taatilah pemerintah
– Kelebihan zikir, majlis zikir dan ilmu
– Memelihara hati dan mengawal hawa nafsu
– Jangan dengki mendengki, bermusuhan dan menghina orang
– Dunia ini hendaklah diambil sekadar keperluan sahaja
– Keistimewaan Umat Nabi Muhammad SAW ; dimaafkan pada perkara tersalah, terlupa dan dipaksa, dan setiap amalan yang baik diganda sekurang-kurangnya sampai sepuluh
Bagi pelajar sekolah menengah terutamanya pelajar pondok patut menghafal semua matan hadith-hadith yang ada dalam buku ini serta memahami makna dan maksudnya kerana ia menyentuh perkara-perkara dasar dan asas dalam agama kita dan ia kerap timbul dan berlaku dalam kehidupan kita seharian.
Additional information
| Weight | 0.4 kg |
|---|---|
| Dimensions | 26 × 19 × 1 cm |





























Reviews
There are no reviews yet.